Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kluster tempat kerja dan kluster komuniti menjadi dua penyumbang terbesar kepada penularan Covid-19 apabila masing-masing 14 kluster direkodkan berbanding keseluruhan 30 kluster yang dikenal pasti setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya dua kluster dikesan membabitkan kluster kumpulan berisiko tinggi.

Sebanyak enam kluster komuniti dikenal pasti di Kelantan, Kedah (2), Terengganu (1), Sarawak (1), Sabah (1), Pahang (1), Selangor (1) dan Perak (1).

Manakala lima kluster tempat kerja pula dikesan di Selangor, Johor (3), Negeri Sembilan (2), Sarawak (2), Pahang (1) dan Perak (1), katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain tempat kerja, Kementerian Kesihatan juga mengenal pasti dua kluster kumpulan berisiko tinggi, masing masing satu di Perak dan Kuala Lumpur, katanya lagi – MalaysiaGazette