Rafael Vitor (kanan). Foto Facebook Penang FC.

KUALA LUMPUR – Bek tengah Penang FC, Rafael Vitor mencipta sejarah apabila menempatkan dirinya di kalangan penjaring gol kedua terpantas dalam saingan Liga Malaysia, khasnya Liga Super dalam aksi malam tadi.

Pemain kelahiran Brazil itu hanya memerlukan sembilan saat diperlukannya dan Penang FC untuk membuka tirai jaringan ke atas Perak FC dalam aksi minggu ke-17 Liga Super 2021.

Harimau Kumbang meraih tiga mata selepas menundukkan lawan dengan keputusan 5-3 di Stadium Perak.

Minggu lalu, pemain import Sri Pahang, Manuel Hidalgo mencetak gol selepas 40 saat pengadil meniup wisel permulaan, namun ia tidak cukup untuk membantu mereka meraih tiga mata apabila hanya terikat 1-1 menentang Melaka United.

Namun, rekod jaringan terpantas dalam saingan Liga Malaysia masih dimiliki pemain Sarawak era lewat 80-an, Pengiran Bala yang melakukannya dalam hanya lapan saat dalam aksi Piala Malaysia 1989, pertembungan di antara Sarawak menentang Pahang.

Sementara itu, sejak bersama Penang FC pada saingan Liga Premier 2020, Vitor telah mencipta satu jaringan ketika membantu mereka menjuarai Liga Premier dan meraih tiket ke saingan Liga Super.

Hatriknya malam tadi juga membolehkan dia mencipta empat gol untuk berada di kedudukan kedua carta penjaring terbanyak Harimau Kumbang.

Jaringan pertamanya musim ini sebelum ini adalah pada April lalu iaitu ketika menumbangkan pasukan yang sama, Perak dengan keputusan 2-1 di Stadium Bandaraya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast