Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Unversiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat Covid-19 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Sarah Raissuddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi.

Namun isteri kepada pelawak, Shuib itu masih lagi belum sedarkan diri selepas menjadi pembedahan sejak pukul 2 petang tadi.

Berita itu dimaklumkan oleh pengurus Siti Sarah, Nana Mohd. Rom dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Pagi tadi, Shuib mengharapkan ada keajaiban agar isterinya  diberi kesembuhan daripada virus Covid-19.

Shuib berkata, Siti Sarah dijangka menjalani pembedahan mengeluarkan bayi yang kini berusia tujuh bulan petang ini.

“Tadi pukul 11 pagi doktor telefon saya minta keizinan untuk tidurkan Sarah buat seketika. Katanya, kalau tahap oksigen okey barulah akan diteruskan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan.

“Tapi yang paling getir buat saya adalah dia akan dikomakan. Saya langsung tak nak fikir benda yang tak baik, terima kasih banyak-banyak semua. Doakan supaya Sarah, kalau boleh dalam koma, dia boleh fight (terus berjuang),” katanya sambil menangis dalam video yang turut dikongsikan dalam Instagram rasmi Indigital Music hari ini. – MalaysiaGazette