Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di Taman Rimba Mentakab, Pahang sejak 7 Februari lalu akan ditamatkan esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kawasan di Sabah, Terengganu dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 10 hingga 23 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, PKPD itu dilaksanakan selepas meneliti penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.

“Kawasan-kawasan tersebut adalah bagi negeri Sabah, di Blok 11 Kampung Titingan, Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, Kampung Rawa-Rawa Batu 4 di Tawau, Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan, Perumahan Ladang Serudung, Usahawan Borneo, Kalabakan dan Kampung Padas di Kota Kinabalu.

“Manakala di Terengganu kawasan yang dikenakan PKPD adalah di Desa Keluarga YPK Chendering di Kuala Terengganu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hishamuddin berkata, bagi negeri Kelantan pula, kawasan yang terlibat dengan pelaksnaan itu adalah di Kampung Baru Pupoh di Pasir Puteh.

Katanya lagi, masing-masing satu lokaliti PKPD yang disambung adalah di Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu dan Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast