Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Unversiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat Covid-19 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pelawak, Shuib memberitahu tahap oksigen isterinya, Siti Sarah kini menurun kepada 40 peratus.

Shuib berkata, perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh doktor malam ini.

“Sebelum saya masuk sesi siaran langsung ini, doktor baru saja menghubungi saya memaklumkan keadaan Sarah sangat tidak baik.

“Dia punya oksigen tinggal 40 peratus. Doktor sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya sebelum sesi siaran langsun majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah di sini malam ini.

Siti Sarah dimasukkan je unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak pagi Jumaat lalu.

Majlis bacaan Yassin dan doa itu diketuai oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Lebih 900 orang menyertai bacaan Yassin berkenaan yang sedang berlangsung secara maya.

Sementara itu, pada majlis itu, Shuib gagal menahan emosi apabila mengalirkan air mata.

Semalam, Shuib memberitahu, keadaan Siti Sarah yang ditiarapkan di katil dengan harapan oksigen lebih banyak boleh masuk di dalam paru-parunya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast