Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di kawasan Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu membuat janji temu menerusi dalam talian untuk berurusan di Kaunter Perkhidmatan Percukaian dan Kaunter Bantuan Kerajaan.

Menurut kenyataan LHDN, mereka yang mahu berurusan di Kaunter Duti Setem juga perlu membuat janji temu menerusi dalam talian.

Bagaimanapun, pelanggan yang perlu berurusan di Kaunter Bayaran dibenarkan walk in bermula 8 hingga 12 tengah hari.

Bagi pelanggan yang berada dalam kawasan Fasa 3 dan 4 PPN, mereka diberi pilihan terus datang ke Kaunter Perkhidmatan Percukaian dan Kaunter Bantuan Kerajaan atau membuat janji temu terlebih dahulu.

Untuk kedua-dua fasa ini, Kaunter Bayaran dibuka untuk walk in bermula 8 pagi sehingga 4 petang.

Jelas LHDN, janji temu boleh dibuat oleh pelanggan menerusi portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.

Para pelanggan juga disyorkan untuk menyemak senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara bagi mengelakkan sebarang kesulitan. – MalaysiaGazette