Logo JAIS

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedia menampung kos pengebumian mangsa Covid-19 sekiranya waris tidak berkemampuan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihak hospital boleh berhubung dengan JAIS jika berlaku kes sedemikian.

“Namun, setakat ini kita lihat rata-ratanya waris masih mampu untuk bayar tetapi jika ada, pihak hospital boleh hubungi saya dan kita akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bual Bicara bertajuk Pengurusan Jenazah Covid-19 di Selangor yang disiarkan di YouTube.

JAIS memaklumkan tiada bayaran dikenakan kepada keluarga atau waris bagi setiap pengurusan jenazah pesakit Covid-19 oleh jabatan itu.

Mohd Shahzihan berkata, bayaran hanya dikenakan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan termasuk kos membuat keranda jika perlu.

Sementara itu, beliau meminta masyarakat agar tidak menyelar agensi terbabit yang didakwa lewat dalam menguruskan jenazah mangsa Covid-19.

“Kita hanya akan mengurus jenazah yang telah dilepaskan hospital kepada kita dan JAIS juga hanya mengurus jenazah secara harian dan bukan lambakan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast