Seorang kanak-kanak menjalani ujian saringan Covid-19 di Chief Sealth High School. foto AP

WASHINGTON – Kanak-kanak merangkumi 15 peratus kes jangkitan Covid-19 mingguan yang dilaporkan di Amerika Syarikat untuk minggu yang berakhir pada 5 Ogos lalu, menurut laporan American Academy of Pediatrics (AAP).

Di tengah-tengah lonjakan jangkitan yang disebabkan oleh varian Delta yang cepat berjangkit di negara ini, hampir 94,000 kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan minggu lalu.

AAP berkata, trend itu merupakan peningkatan yang berterusan

“Setelah kes menurun pada awal musim panas, kes kanak-kanak terus meningkat sejak awal bulan Julai lalu,” katanya.

Sejak awal wabak itu sehingga 5 Ogos, hampir 4.3 juta kanak-kanak telah disahkan positif Covid-19 di Amerika Syarikat.

“Pada masa ini, jangkitan teruk akibat Covid-19 jarang terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

”Namun, ada keperluan mendesak untuk mengumpulkan lebih banyak data mengenai kesan pandemik jangka panjang pada anak-anak, termasuk cara virus itu membahayakan pada jangka panjang – terma kesihatan fizikal kanak-kanak yang dijangkiti serta kesannya terhadap kesihatan emosi dan mental,” kata AAP. – Xinhua