KENANGAN. Raissudin Hamzah bersama anaknya, Siti Sarah.- pix FB

KUALA LUMPUR – “Saat Shuib datang dan melutut di hadapan saya sambil memberitahu Sarah sudah tiada, saya tidak tahu nak berkata apa.

“Saat itu, saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya,” kata Raissudin Hamzah, bapa kepada Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 baru-baru ini.

Itu luahan seorang bapa yang mengambil masa hampir dua hari untuk berhadapan dengan media dan umum selepas kehilangan Siti Sarah.

“Saya tuan-tuan lebih faham perasaan saya. Kalau diminta komen, saya tak tahu macam mana nak jawab,” katanya menerusi video disiarkan Kosmo! semalam.

Beliau seakan-akan hilang kata-kata apabila menantunya, Shuib memaklumkan kematian anaknya.

Raissudin yang juga penyanyi era 1980-an itu berkata, allahyarham rapat dengan dirinya terutama beliau ‘menjaganya’ selepas memilih bidang seni dan tidak pernah berenggang dengan Siti Sarah.

Namun selepas Siti Sarah berkahwin dengan Shuib yang juga terlibat dalam dunia hiburan, barulah beliau menyerahkan kepada suami anaknya itu.

Bagaimanapun beliau reda dengan kententuan Allah.

“Sebenarnya apa yang berlaku, apa yang terjadi adalah satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita bukan rancangan siapa-siapa. Ini yang dikatakan takdir, ini yang dikatakan ketentuan, ini yang dikatakan nasib. Tiga perkara, bunyinya berbeza. Apabila berlaku, saya tak tahu nak kata apa-apa,” katanya sebak.

Raissudin juga menyifatkan Siti Sarah sebagai anak yang taat kepada orang tua dan tidak pernah membantah cakapnya.

“Allahyarham juga seorang yang manja dengan saya. Banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya.Sebelum berkahwin, banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Kami banyak bersama sampailah saya lepaskan dia untuk dijaga oleh Shuib.

“Sehari sebelum dia pergi ke hospital, semasa saya sedang baring di atas sofa, dia datang pegang tangan saya Kami berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa,” ujarnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Siti Sarah meninggal dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast