Friday, April 26, 2024
Home Utama Siti Sarah meninggal dunia

Siti Sarah meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.

Berita sedih pemergian Siti Sarah itu dimaklumkan suaminya Shuib di laman Instagram.

Allahyarham Siti Sarah yang mengandung tujuh bulan dimasukkan ke hospital selepas positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.

Beliau  dan keluarganya menjalani ujian saringan Covid-19 selepas pembantu rumah disahkan dijangkiti pandemik berkenaan.

Pada Jumaat, 6 Ogos lalu, Allahyarham menjalani pembedahan dan selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang .

Siti Sarah ‘ditidurkan’, bedah untuk selamatkan bayi

Namun keadaannya semakin tidak stabil dan terus dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga malam tadi paras oksigennya dilaporkan semakin menurun.

Artikel berkaitan:

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Siti Sarah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette