Foto Instagram Siti Sarah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular Siti Sarah Raissuddin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, semalam.

Menurut satu kenyataan, penyanyi berkenaan yang kini sedang sarat mengandung telah dibawa dengan ambulans kira-kira pukul 6.30 petang untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Mereka sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin semalam tapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum ini, Sarah dan Shuib serta anak-anak mereka telah disahkan positif Covid-19 dan mereka sekeluarga menjalani kuarantin di rumah.

Dalam pada itu, Shuib memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan selamat tanpa sebarang masalah. – MalaysiaGazette