Foto Instagram Siti Sarah.

KUALA LUMPUR – Suami kepada penyanyi Siti Sarah, Shuib  mengharapkan ada keajaiban agar isterinya  diberi kesembuhan daripada virus Covid-19.

Shuib memaklumkan Siti Sarah dijangka menjalani pembedahan mengeluarkan bayi yang kini berusia tujuh bulan petang ini.

“Tadi pukul 11 pagi doktor telefon saya minta keizinan untuk tidurkan Sarah buat seketika. Katanya, kalau tahap oksigen okey barulah akan diteruskan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan.

“Tapi yang paling getir buat saya adalah dia akan dikomakan. Saya langsung tak nak fikir benda yang tak baik, terima kasih banyak-banyak semua. Doakan supaya Sarah, kalau boleh dalam koma, dia boleh fight (terus berjuang),” katanya sambil menangis dalam video yang turut dikongsikan dalam Instagram rasmi Indigital Music hari ini.

Menerusi hantaran status berkenaan, Indigital mengesahkan Sarah atau nama lengkapnya, Siti Sarah Raisuddin akan menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan sekitar pukul 2 petang tadi.

“Insya-Allah, dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini,” ujar pengurus Siti Sarah, Nana Mohd. Rom dalam kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Siti Sarah masuk ICU