KUALA LUMPUR – Abang Allayarhamah Siti Sarah Raisuddin yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak semalam telah sedar hari ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Shuib yang berkongsi rasa syukur terhadap perkembanga positif Ahmad Firdous itu.

“Allahuakbar!!! Allah Maha Besar!!! Syukur dah bukak mata!!! Terima kasih pd yg mendoakan..Tp kita sambung lagi doa utk yg lain yg sedang bertarung nyawa,,kita nak semua org kembali sihat!!! Balik jumpa keluarga Amin 🤲 Syukur YaAllah,” tulisnya.

Semalam dilaporkan Ahmad Firdous dipindahkan ke ICU dan ditidurkan kerana tahap oksigen yang rendah.

Selain abang Siti Sarah, isterinya turut disahkan positif Covid-19.

Namun, dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.

Untuk rekod, Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus itu.-MalaysiaGazette