revocation Emergency Ordinance legal firms Minister at Prime Minister's Deparment, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. Parliament sitting emergency period legal firms lawyers essential services total lockdown FMCO The special National Security Council (MKN) meeting yesterday has allowed lawyers who need to represent their clients to face new charges, remand arrests and various criminal application to go to the court
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu bersatu hati dan berusaha menyelesaikan masalah yang melanda negara ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta agar supaya semua pihak mengetepikan perbezaan, berhenti mengkritik dan mengemukakan syor bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Gagal kerana belum berjaya dalam usaha, lebih baik daripada berjaya kritik tapi gagal beri solusi.

“Mari bersatu hati, gabung usaha, kritik dan solusi, ketepi dulu perbezaan, utamakan negara dan semua rakyat jelata,” demikian ciap beliau di Twitter hari ini.

Menerusi ciapannya, Setiausaha Agung PAS itu turut memuat naik gambar dengan tulisan ‘Be an encourager. The world has plenty of critics already (Jadilah pendorong, dunia ini sudah penuh dengan kritikan).

Beliau membuat teguran berkenaan dipercayai merujuk kepada pelbagai isu dan kemelut yang timbul dalam politik dan pentadbiran negara ketika ini. – MalaysiaGazette