KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tindakan Izara Aisyah memadankan semua gambar lama di Instagramnya yang tidak memakai tudung mencetus pertanyakan pengikutnya.

Lebih menarik perhatian, pelakon itu memuat naik gambar menampilkan dirinya mengenakan tudung labuh.

Ramai yang mentafsirkan pelakon wanita itu membuat keputusan untuk berhijab.

Ternyata, bukan Izara sahaja selebriti yang kelihatannya berhijrah.

Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifudin turut dilihat mengenakan hijab sejak kebelakangan ini.

Mengakui belum cukup sempurna mengenakan tudung sepenuhnya, namun pelakon itu meminta agar pengikutnya mendoakkan penghijrahannya.

“Perlahan-lahan tapi pasti,” tulisnya menerusi kapsyen dalam gambarnya bertudung baru-baru ini.

Sementara itu, Betty Rahmad yang merupakan adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida kini turut bertudung.

Betty atau Norsha Rahmad Ali berkata, pemergiaan Allahyarham Siti Sarah baru-baru merupakan faktor terbesar penghijrahannya.

“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi.

“Selepas arwah meninggal dunia, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada. Betapa sayangnya Allah kepada saya, semua urusan dipermudahkan, ada saja rezeki yang masuk,” katanya,” katanya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast