MGNews: Muhyiddin Balik Ke Kediaman Sebelum Buat Perutusan Petang Ini

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba ke kediaman peribadinya di Bukit Damansara tepat jam 1.08 tengahari tadi dengan tanda isyarat bagus ke arah lebih 20 pemberita yang berkumpul merakam kehadirannya selepas selesai menghadap YDPA di Istana Negara.