Foto Instagram Aliff Syukri.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri secara bergurau meluahkan hasratnya untuk memohon jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi hantaran Instagram, beliau memuat naik satu borang permohonan jawatan tersebut yang lengkap diisi mengenai butiran peribadinya.

Aliff, 34, turut memohon doa warganet agar segala urusannya membuat permohonan tersebut dipermudahkan.

“Kalau ada rezeki tak kemana, Doakan semuanya dipermudahkan,” tulis.

Tindakannya itu mendapat reaksi netizan termasuk ibunya sendiri, Bonda Rozita.

“Ha ha ha bongoklah Kri, cari pasal kena kecam. Mak orang pertama akan memberontak,” tulisnya di ruangan komen.

Semalam, Muhyiddin sah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast