Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan Caprice. Foto HAZROL ZAINAL, 10 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Carprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli berkongsi satu hantaran status yang menimbulkan tanda tanya ramai menerusi satu entri Instagram Story semalam.

Emoji berbentuk ‘popcorn’ (bertih jagung) yang seperti menggambarkan dirinya sedang menyaksikan satu per satu pendedahan atau drama sedang dikupas di Malaysia.

Namun Caprice, 33, tidak menjelaskan hantaran tersebut.

Caprice sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Alhamdulillah, one by one the truth will be revealed (satu persatu kebenaran akan didedahkan). We pray, we learn, we move on (Kita berdoa, kita belajar, kita teruskan).”

Bagaimanapun, apa yang dikongsikan Caprice itu berkemungkinan merujuk kepada tampuk pemerintahan negara yang dijangka bertukar tangan dalam waktu terdekat apabila pelantikan Perdana Menteri baharu diumumkan.

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita pendakwah terkenal, Ebit Lew hadir  memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung satu dakwaan gangguan seksual di Bukit Aman.

Pendakwah bebas itu dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul 2 petang.

Rakaman percakapan itu mengambil masa satu jam malah rumah Ebit turut dikunjungi polis pada sebelah petang bagi melengkapkan siasatan.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Sebelum ini, hubungan Caprice yang juga pemuzik rap itu bersama Ebit dikeruhkan dengan satu permasalahan yang timbul berikutan misi bantuan dan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast