Gambar hiasan

MELBOURNE – Harga minyak turun kepada paras terendah selama tiga bulan pada hari Jumaat tetapi berada di landasan untuk penurunan mingguan sekitar 6% kerana pelaksanaan sekatan pergerakan di negara-negara yang masih merekodkan kadar vaksinasi rendah di tengah-tengah menghadapi kes peningkatan varian Delta.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat untuk bulan September, yang akan berakhir pada hari Jumaat, meningkat AS$0.35 atau 0.5% kepada AS$ 64.04 setong pada 0115 GMT setelah merosot 2.7% pada hari Khamis.

Kontrak Oktober pula lebih aktif meningkat sebanyak AS$0.33 atau 0.5% kepada AS$ 63.83.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$0.27 atau 0.4% kepada AS$ 66.72 setong setelah turun 2.6% pada hari Khamis kepada penutupan terendah sejak Mei.

“Dengan tahap vaksinasi yang agak rendah, keadaan yang merosot di seluruh Asia telah menyaksikan mobiliti menurun,” kata penganalisis komoditi ANZ dalam nota penyelidikannya.

China telah mengenakan sekatan baharu dengan “sifat toleransi”, yang mempengaruhi rantaian bekalan dan penghantaran global dan Amerika Syarikat serta China telah mengenakan sekatan kapasiti penerbangan.

Sementara itu, wabak varian Delta di Australia dan New Zealand telah menyebabkan sekatan pergerakan lebih ketat. – Reuters