Kane akhirny turun ke ke,m latihan bersama pasukan Spurs menjelang aksi EPL menentang kelab lama Nuno Santo, Wolves. Foto Kredit: Tottenham Hotspur via Getty.

LONDON – Harry Kane akhirnya kembali bersama kem latihan pasukan Tottenham Hotspur buat kali pertama pada musim ini.

Penyerang England itu tidak beraksi bersama pasukan kendalian bos baharu Nuno Espirito Santo dalam aksi permbukaan Liga Perdana Inggeris lalu yang menang ke atas juara bertahan Manchester City selepas pulang dari bercuti di Bahamas dan Florida.

Malah pemain itu berdepan kecaman kuat apabila didakwa enggan kembai ke kem latihan kerana memaksa kelab meluluskan penyertaannya ke Manchester City.

Kane menjelaskan, berlaku sedikit masalah komunikasi kenapa dia tidak dapat hadir ke latihan pasukan dan juga tidak tersenarai dalam kesebelasan utama bertemu juara EPL edisi lalu.

Kini pemain berusia 28 tahun itu diharapkan bersedia untuk berdepan Wolves yang merupakan bekas kelab Nuno pada Ahad ini.

Namun keputusan memasukkan Kane dalam pasukan utama kali ini akan dimuktamadkan esok.

Pada awal minggu ini, Sportsmail mendedahkan Kapten England itu merasakan dia ditipu oleh pengerusi kelabnya, Daniel Levy yang telah mungkir janji untuk membenarkannya keluar dari White Hart Lane bagi menyertai Man City.

Ia sekaligus mencetuskan ketegangan antara kedua-dua pihak tersebut.

Sumber terdekat mendakwa Kane akan terus memberikan komitmen untuk mendapat semula kepercayaan penyokong kelab musim ini.

Namun dia masih dilaporkan memasang impian untuk menyertai kelab Etihad bimbingan Pep Guardiola yang telah menawarkan bidaan dana besar berjumlah £125 juta untuk khidmatnya.

Malangnya Spurs tidak mahu berganjak dari kluasa pelepasan Kane yang ditetapkan bernilai £150 juta dan tidak bersedia melayan sebarang bidaan di bawah nilai tersebut.-Dailymail.com