Foto: Shehab News Agency

GAZA – Pesawat Israel melancarkan serangan ke atas Briged Al-Qassam di Tebing Gaza ketika peluru berpandu anti pesawat yang dilancarkan briged itu jatuh di Sderot, Israel

Wakil Shehab News Agency melaporkan pesawat perang itu menyasarkan kawasan Briged Al-Qassam di Arin yang terletak di barat kem pelarian Nuseirat, tengah Tebing Gaza.

Pesawat itu turut menyasarkan kawasan briged tersebut di Badr, di barat daya bandar Gaza.

Wakil agensi berita tersebut mengesahkan terdapat tentangan ke atas pesawat Israel yang terbang di Tebing Gaza dengan penggunaan senjata anti pesawat.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan penduduk namun berlaku kerosakan harta benda.

Laman sesawang akhbar Israel, Yediot, melaporkan, tentangan anti angkatan darat Palestin mengenai kediaman di Sderot.

Wakil Shehab News Agency berkata, senjata anti pesawat melepaskan tembakan dan bunyinya boleh didengari di penempatan sekitar Tebing Gaza.

Serangan tersebut dilancarkan beberapa jam selepas tentera Israel dicederakan penduduk Palestin, semasa aktiviti mengingati kebakaran yang dilakukan Israel di Masjid Al-Alsa, di timur bandar Gaza.

Sasaran ke atas tentera Israel dilakukan selepas tentera negara itu menembak peserta tunjuk perasaan yang tidak bersenjata dan mencederakan beberapa orang termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. – Agensi