Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. The Drug Control Authority (DCA) has granted a conditional approval for Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) and Janssen COVID-19 Vaccine. CanSino Biologics Inc, China Johnson & Johnson
Tan Sri Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Selepas kes positif Covid-19 turun lebih 2,000 kes semalam, nilai sama turut turun hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah 17,672 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 19,807 semalam.

Jumlah itu menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,572,765 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 4,316 kes.

Ia diikuti Sabah yang mencatatkan sebanyak 2,474 kes, Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367), Kelantan (1,176), Perak (952), Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (7). – MalaysiaGazette