Pengarah Sekretariat Reset Malaysia, Dr. Abu Hafiz (kanan) bersama Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi menunjukkan memorandum memohon sokongan untuk gerakan Gerakan ÔReset MalaysiaÕ dan Selamatkan Negara untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong di Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 114 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar menuntut Majlis Pemulihan Negara (MPN) dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi berkata, ini kerana negara memerlukan seorang individu yang memahami dan berpengalaman menguruskan krisis serta mendapat pengiktirafan dunia.

Pada masa sama, jelas beliau, kuasa MPN pelru diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan bukan perdana menteri.

“Kuasa MPN perlu diletakkan di bawah Agong bagi mengelak campur tangan dan kami berharap ia akan mendapat perkenan Baginda.

“MPN akan memfokuskan kepada kemampanan ekonomi, memperkasa pendidikan, menurunkan suhu politik semasa dan memberi nafas kepada sektor kesihatan,” katanya.

Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi bercakap kepada media selepas menghantar memorandum memohon sokongan untuk gerakan Gerakan ÔReset MalaysiaÕ dan Selamatkan Negara kepada Yang di-Pertuan Agong di Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2021.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Reset Malaysia menyerahkan memorandum agar Mahathir mempengerusi MPN di sini hari ini.

Nurul Ashikin memberitahu, seramai 114 NGO telah menandatangani boring sokongan kepada Dr. Mahathir secara sukarela.

Sementara itu, dalam kenyataan media Reset Malaysia, antara tuntutan lain mereka adalah Parlimen amat memerlukan semak dan imbang pentadbiran negara dan dasar MPN selain menggesa tindakan proaktif Yang di-Pertuan Agong menyelesaikan masalah krisis yang berlaku.

Selain itu, katanya, tuntutan juga menyeru rakyat untuk bersama menangani krisis negara.

“Keadaan negara kini tidak stabil selepas kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional yang telah memperjudikan dan membunuh sektor ekonomi, pendidikan, sosial dan politik di Malaysia.

“Jadi strategi penyelesaian pada saat ini, negara memerlukan MPN  yang kalis pergolakan politik.

“Negara memerlukan seorang individu yang memahami dan berpengalaman menguruskan krisis serta mendapat pengiktirafan Malaysia serta dunia dan figura itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Seterusnya, perlu penjimatan penggunaan dana kerajaan serta strategi baru menjana ekonomi Malaysia terutama golongan miskin tegar, dan memastikan pengurusan vaksin dalam kadar segera dan menolak unsur kronisme dan birokrasi yang melampau,” kata kenyataan media itu.

Dalam pada itu, Reset Malaysia merupakan satu inisiatif untuk mengembalikan negara kepada satu barisan kepimpinan negara yang kompeten dan bertanggungjawab. – MalaysiaGazette

Pengarah Sekretariat Reset Malaysia, Dr. Abu Hafiz bercakap kepada media selepas menghantar memorandum memohon sokongan untuk gerakan Gerakan ÔReset MalaysiaÕ dan Selamatkan Negara kepada Yang di-Pertuan Agong di Pintu 3, Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 OGOS 2021.

3 Komen

  1. Apa punya bangang puak2 NGO orang yang hampir melingkupkan Malaysia yang disuruh ketuai MPN. Atuk la yang menjahanamkan negara dengan PH dan atuk juga yang gadaikan pulau batu putih. Orang yang telah mencalarkan maruah negara tak layak nak ketuai MPN. Atuk hanya pandai menuding jari atas kesalahan orang lain tapi diri sendiri lebih teruk malah hilang integriti.

  2. patut laaa
    geng2 pejuang bigai juga rupanya,
    patutlah beria nak suh tun m jadi pegerusi..
    bebal betul pejuanita ni

Comments are closed.