MUKAH- Sarawak tidak mempunyai masalah dengan barisan kabinet Persekutuan baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Malah menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Sarawak berterima kasih kerana wakil rakyatnya telah dilantik semula sebagai menteri dan timbalan menteri di dalam kabinet.
“Apa yang penting bagi Sarawak ialah adanya sebuah kerajaan yang stabil bagi meneruskan usaha melawan COVID-19 melalui Program Imunisasi Kebangsaan,” katanya.
Semalam Perdana Menteri mengumumkan senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ melibatkan 31 menteri termasuk empat menteri kanan yang akan menjadi pasukan pengurusan yang bekerja bersama rakyat.
Sebanyak empat menteri dan enam timbalan menteri dari Sarawak telah dilantik menyertai kabinet.
“Kita (kerajaan negeri Sarawak) akan beri insentif (pada Bonnie) tetapi jumlahnya akan ditentukan, selain itu kerajaan Malaysia juga ada menyediakan insentif untuk para atlet negara,” katanya. – MalaysiaGazette