A woman was raped, sodomised and murdered at her house in Taman Seruling Emas, Sungai Jawi Penang, last night. rape sodomy murder
Polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Seberang Jaya pada Sabtu lalu.

JAWI – Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan satu kes rogol, liwat dan bunuh seorang wanita dalam tempoh kurang tiga jam.

Pembunuhan itu terbongkar selepas orang awam serta jiran mangsa melihat seorang lelaki mencurigakan di halaman kediaman dua tingkat mangsa di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi semalam.

Mayat wanita itu ditemui di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju selepas pihak keluarga meminta bantuan polis membuat pemeriksaan di kediaman tersebut susulan tiada kelibat mangsa.

Pihak forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

MalaysiaGazette difahamkan, rumah teres dua tingkat tersebut mempunyai empat bilik dan mangsa berusia 40 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditemui di bilik tidurnya di tingkat bawah kediaman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat mangsa di bawah katil pukul 7.20 malam sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat awal, saksi mendakwa dia mempunyai janji temu dengan mangsa pada pukul 3 petang sebelum melihat kelibat seorang lelaki keluar dari rumah tersebut dengan menunggang sebuah motosikal.

Chong Chern.

“Saksi memaklumkan perkara tersebut kepada kakak mangsa sebelum kakaknya mengarahkan kenalan terdekat untuk membuat pemeriksaan di kediaman adiknya itu.

“Sebaik tiba di lokasi, kenalan tersebut melihat pintu rumah mangsa dalam keadaan terbuka dan dia terus menghubungi Balai Polis Sungai Bakap untuk bantuan lanjut.

“Anggota polis dari balai berkenaan tampil untuk membuat pemeriksaan bersama sebelum menemui mangsa di bawah katil dalam keadaan terbaring selain rumahnya berselerak,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Khidmat Unit K9 turut digunakan bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, bertindak atas risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan berjaya mengesan dan memberkas suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

MalaysiaGazette difahamkan, suspek baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan di Johor.

“Suspek berusia 29 tahun yang ditahan di Changkat Sungai Jawi itu mengaku hisap syabu sebelum ceroboh  rumah mangsa pada 3 pagi dengan memanjat tembok belakang sebelum masuk melalui tingkap.

“Suspek dikatakan menghampiri mangsa yang  sedang tidur sebelum merogol dan meliwatnya. Suspek bertindak sumbat seluar dalam ke dalam mulut mangsa sebelum menutup mulutnya dengan tangan apabila dia cuba melawan dan menjerit.

Pihak polis dan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian seorang wanita mati dibunuh.

“Selepas beberapa lama mangsa tidak bergerak dan disyaki telah meninggal dunia dan suspek dikatakan masih merogol dan meliwat mangsa beberapa kali selepas itu,” ujar beliau.

Tambah Chong Chern, susulan itu, suspek bertindak menyembunyikan mangsa di bawah katil sebelum melarikan wang tunai, telefon bimbit serta loket milik mangsa.

“Pihak forensik telah mengambil 25 sampel di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

“Semakan juga mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelas Chong Chern. – MalaysiaGazette