Thursday, April 25, 2024
Home Utama Tujuh remaja hilang di Gunung Hitam ditemui selamat

Tujuh remaja hilang di Gunung Hitam ditemui selamat

KUALA LUMPUR – Tujuh remaja yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Hitam dekat Sungai Lui, Hulu Langat ditemui selamat di lokasi kira-kira 500 meter dari tapak perkhemahan mereka pada 1.51 pagi tadi.
Usaha membawa turun kesemua mangsa berusia sekitar 18 tahun dilakukan oleh 36 anggota mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan bomb, polis dan penduduk tempatan.
Komander Operasi Penguasa Kanan Bomb 1, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan terkejut namun selamat dan usaha membawa turun mangsa mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam.
Kesemua mangsa yang berasal dari Lembah Klang sebelum ini dilaporkan sesat setelah menaiki Gunung Hitam dan melakukan aktiviti perkhemahan pada Sabtu petang.
Mereka yang dijadualkan turun semula ke kaki gunung pada Ahad bagaimanapun dilaporkan sesat dan sempat menghubungi talian kecemasan.
— BERNAMA