Pele selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam usus besar sabtu lalu dan dilaporkan sihat dan stabil.- Kredit Foto: Getty Images.

LONDON – Legenda bola sepak Brazil, Pele telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam usus besar.

Laporan mengatakan individu berusia 80 tahun itu dimasukkan ke hospital selama enam hari lalu tular di media sosial.

Rentetan berita itu, Pela dalam media sosialnya semalam menegaskan  dia berjaya menjalani pemnbedahan usus besar di hospital.

Lima hari lepas, bekas pemain Santos dan New York Cosmos itu menafikan laporan dia pengsan.

Pele berkata, dia kini menjalani pemeriksaan rutin kesihatan di hospital.

“Ketumbuhan pada usus kanan telah dikesan menerusi ujian minggu lalu. Bersyukur kepada tuhan, saya kini sihat dan mengikuti rapat nasihat Dr. Fabio dan Dr. Miguel yang mengambil berat tentang kesihatan saya,” ujarnya.

Pada Februari 2020, anak Pele iaitu bekas penjaga gol Santos, Edinho berkata, bapanya segan untuk keluar dari rumah kerana tidak dapat berjalan tanpa bantuan.

Tahap kesihatann Pele menjadi kebimbangan semua pihak sejak kebelakangan ini dan telah menjalani pembedahan prostat pada tahun 2015.

Dia juga dimasukkan ke dalam wad akibat jangkitan kencing pada 2019.

Pele merupakan penjaring sepanjang masa bagi Brazil dan antara empat pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam empat kejohanan Piala Dunia.

Mengikut the Guinness Book of World Records, Pele telah menjaringkan 1,279 gol dalam 1,363 penampilan  sepanjang karier bola sepak termasuk 77 gol dalam 91 aksi antarabangsa untuk Brazil.-BBC Sport.com.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast