Anggota polis yang didakwa memasukan dadah dalam tubuh di tuduh di mahkamah Majistret Johor di Johor Bahru pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya pada Ahad lalu.

Tertuduh, Mohd. Rashid Sulaiman, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Zulhainie Zull Kafli.

Mengikut kertas pendakwaan, tertuduh didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam tubuh badannya sendiri.

Perbuatan itu dilakukan pada 2.30 petang di sebuah Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, 5 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Dalam rayuannya, lelaki itu memohon supaya nilai jaminan dikurangkan kerana menjaga ibunya yang lumpuh dan mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menasihatkan lelaki itu untuk melantik peguam dan menetapkan 3 November depan sebagai semula kes.-MalaysiaGazette