Antara warga emas yang hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin pada hari pertama pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SASMEC @IIUM), Kuantan. Foto MOHD ADZLAN, 19 JULAI 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Separuh daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia atau 50.5 peratus (16,492,295) kini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 64.1 peratus atau 20,943,582 daripada populasi keseluruhan pula, telah mendapat sekurang-kurangya satu dos vaksin.

Sebanyak 320,452 dos vaksin COVID-19 melibatkan 128,038 dos pertama dan 192,414 dos lengkap juga diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 37,392,241.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast