Azroy sempat merakamkan aktiviti dua beranak ini yang menghabiskan masa mereka dengan mengaji walaupun berada di pusat kuarantin.

PASIR GUDANG – Gelagat si kecil yang sedang membaca Al-Qran dipantau bapanya menyentuh hati Mohd Azroy Azhar seorang guru agama yang juga Sukarelawan Ihsan Johor Hal Ehwal Agama di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di sini

Menurut Azroy aktiviti yang dilakukan dua beranak itu jelasnya, ternyata menyentuh perasaan beliau sebagai seorang insan dan juga bapa.
Gelagat dua beranak itu disaksikannya sendiri selepas dia ketika itu baru sahaja selesai menguruskan surau pesakit Covid-19 di PKRC Pasir Gudang, sebelum melakukan pemantauan di dalam dewan berkenaan.
Video yang dikongsikannya itu melihatkan telatah bersahaja adik Abbad Abu Bakar, 5 tahun yang membacakan surah Al-Baqarah sambil dibantu bapanya, Abu Bakar Ali.
“Kisah istimewa ini di mana si ayah mengajar al-Quran walaupun kuarantin dengan keadaan di dalam ini banyak kekurangan, saya rasa ia harus dikongsikan.
“Sungguh saya terharu melihat dua beranak ini tanggungjawab seorang ayah tetap dilaksanakan walau di mana mereka berada.
“Syukur Alhamdulillah. Doakan mereka ya. Moga anak ini menjadi anak yang soleh.  Amin,”katanya ketika dihubungi.
Video pendek berkenaan juga, menunjukkan adik Abbad pada waktu itu sedang mengaji di katil pusat PKRC dengan mengenakan kain pelekat bapanya turut mencuit perhatian natizen.
Rata-rata natizen yang menonton video yang dikongsikan pemilik Muhammad Azroy itu turut menyentuh hati mereka, selain mendoakan si cilik dan bapanya sentiasa dirahmati.
Selain menyifatkan Abu bakar seorang bapa yang pandai mendidik anak.
Sementara itu, Abu Bakar yang dihubungi memberitahu, menjadi rutin beliau mengajar Abbad, anak sulungnya itu belajar mengaji.
Bercita-cita menjadikan anaknya itu sebagai tahfiz cilik, bapa kepada tiga anak ini mengakui,latar belakang pendidikannya yang tidak sempurna orang lain bukan halangan untuk dia memastikan anak-anak menerima didikan agama secukupnya.
“Saya dan isteri tidak pandai. Saya cuma kerja kilang. Cita-cita memang tinggi untuk lihat Abbad sebagai tahfiz cilik, Insya Allah doakan Abbad boleh jadi tahfiz.
“Seingat saya ketika dia setahun beliau sudah kenal huruf. Syukur, jadi saya setiap kali terluang memang akan mengajar dia mengaji dan tegur kan bacaan mana yang saya mampu, sebab saya tidak pandai, tapi nak lihat anak pandai baca Al-Qran,”katanya.
Dua beranak ini juga dijangka keluar dari PKRC Pasir Gudang pada minggu hadapan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast