5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Selama hari kedua berturut-turut, kes positif harian Covid-19  telah merekodkan bilangan bawah paras 20,000.

Hari ini sebanyak 19,198 kes positif baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengahari.

Ia sekaligus menjadikan kes kumulatif setakat ini berjumlah 1,979,698, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah.

Namun kali ini, Sarawak yang selalunya merekodkan kes sekitar 3,000 mula mengganas dengan mencatatkan sebanyak 5,291 kes positif seterusnya menjadi bilangan kes harian tertinggi dengan kes kumulatif berjumlah berjumlah 156,798.

Selangor pula masih kekal dengan kes harian sekitar 2,347 kes hari ini namun kes kumulatif terus mendahului negeri lain dengan 641,633 diikuti Johor 2,110, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, lima lagi negeri merekodkan kes positif harian melebihi paras 1,000 iaitu Sabah (1,717 kes) dengan kes kumulatif berjumlah 173,863 kes, Kedah 1,256 kes positif (kes kumulatif 117,927),Pulau Pinang 1,309 kes (kes kumulatif 108,262), Kelantan 1,435 kes dan Perak 1,118 kes (kes kumulatif 82, 655).

Manakala lima negeri pula merekodkan kes positif harian di bawah paras 1,000 iaitu didahului Terengganu sebanyak 930 kes positif disusuli Pahang (584) sementara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (376), Melaka (340) dan akhirnya Negeri Sembilan (283).

Manakala tiga lagi negeri iaitu masing Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak tiga kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (32) dan Perlis (67). – MalaysiaGazette