Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kes positif baharu harian Covid-19 di dalam negara sehingga 12 tengahari tadi menyaksikan penurunan konsisten kepada 16,073 kes hari ini.

Angka itu menyaksikan penyusutan sebanyak 3,125 kes daripada kes yang dilaporkan semalam iaitu 19, 198 kes.

Perkembangan terkini itu menjadikan kes kumulatif jangkitan Covid-19 di dalam negara setakat ini adalah 1,995,771 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pecahan kes positif harian mengikut negeri pula setakat 24 jam yang lalu menyaksikan Sarawak masih mendominasi carta dengan kes tertinggi 3,522 kes dengan kes kumulatif berjumlah 160,320.

Bagaimanapun ia adalah penurunan lebih 2,500 kes untuk Sarawak berbanding semalam yang merekodkan kes positif harian tertinggi 5,291 kes dan kes kumulatif berjumlah 156,798 kes.

Lebih melegakan Selangor menunjukkan perkembangan baik apabila turun daripada paras 2,000 kes hari ini kepada 1,947 kes berbanding 2,743 semalam.

Namun Johor adalah satu-satunya negeri yang masih kekal pada kes melebihi paras 2,000 kes harian iaitu 2,030 kes (kumulatif 166,251) berbanding 2,110 kes semalam.

Selain Selangor lima lagi negeri merekodkan kes di bawah paras 2,000 iaitu Sabah 1,649 (kes kumulatif 175,512), Pulau Pinang, 1,234 (kumulatif 109,505 kes), Kedah 1,191 kes (kumulatif 119,118), Kelantan 1,070 (kumulatif 94,804 kes) dan Perak sebanyak 1,011 kes positif dengan kumulatif 83,666 kes.

Manakala, lima lagi negeri merekodkan kes positif harian bawah paras 1,000 kes hari ini iaitu Pahang 878 kes (kumulatif 52,505 kes), Terengganu 704 kes (kumulatif 43,505), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 398 kes (1kumulatif 180,466 kes) disusuli Melaka sebanyak 206 kes positif dan kumulatif 53,449, dan Negeri Sembilan 156 kes (kumulatif 94,623).

Dalam pada itu tiga lagi negeri merekodkan kes di bawah paras 50 iaitu Perlis 41 kes dengan 2,832 kes kumulatif, diikuti Putrajaya sebanyak 16 kes dengan kumulatif 5,748 kes dan Labuan sebanyak 11 kes positif dan 9,887 kes kumulatif.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.