KUALA LUMPUR – Penampilan terbaru penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu yang berhijab menarik perhatian ramai, sekali gus mengundang persoalan netizen adakah dia sudah ‘berhijrah’.
Menerusi gambar-gambar dikongsikan di Instagram miliknya, penyanyi berusia 49 tahun itu dilihat tampil sopan serta berkongsikan hantaran yang memaparkan aktiviti hariannya.
Dalam satu foto dikongsikan, Mas Idayu memuat naik gambarnya berhijab ketika dine-in di salah sebuah restoran pada 1 September lalu.
Rata-rata netizen memuji penampilan penyanyi itu yang dilihat manis serta mendoakan agar penyanyi berkenaan agar terus istiqamah.
Malah, ada yang mengatakan Mas Idayu semakin muda apabila berhijab dan ramai yang sejuk mata memandang melihat penampilannya itu. – MalaysiaGazette