The Mitsubishi Triton driver who drove against traffic under the influence of ganja and caused the death of two teenagers at the Federal Highway on 12 September have been further remanded for 3 more days. He is investigated under Section 302 of the Penal Code for Murder. PIX: IPD Shah Alam
The Mitsubishi Triton driver who drove against traffic under the influence of ganja and caused the death of two teenagers at the Federal Highway on 12 September have been further remanded for 3 more days. He is investigated under Section 302 of the Penal Code for Murder. PIX: IPD Shah Alam. Suspek pemandu Mitsubishi Triton di bawah pengaruh ganja yang memandu lawan arus dan merempuh kereta lain sehingga mengakibatkan dua remaja maut di Lebuhraya Persekutuan pada 12 September lalu disambung reman tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Gambar ihsan IPD Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat insiden kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Trition yang dipandu lawan arus di Lebuhraya Persekutuan dalam pengaruh dadah sebelum merempuh kenderaan lain yang menyebabkan dua remaja maut  Ahad lalu sebagai kes bunuh.

Kes berkenaan pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah diklasifikasikan kepada kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan  ke atas pemandu yang disahkan positif dadah itu kini menjurus kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek pernah direman selama tujuh hari selepas kejadian itu untuk membantu siasatan. Pagi hari ini dia dihadapkan semula ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan perintah sambung reman pagi tadi.

“Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam Puan Norliza Hussin telah membenarkan suspek disambung reman selama tiga hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dalam kes berkenaan yang diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis selepas ini akan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya bagi arahan lanjut (pendakwaan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Suspek pemandu Mitsubishi Triton di bawah pengaruh ganja yang memandu lawan arus dan merempuh kereta lain sehingga mengakibatkan dua remaja maut di Lebuhraya Persekutuan pada 12 September lalu disambung reman tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Gambar ihsan IPD Shah Alam.

Dalam kejadian pada awal  pukul 2.09 pagi Ahad lalu, dua remaja berusia 18 dan 19 tahun maut apabila kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka dirempuh kereta Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di 8.5 Kilometer Lebuh Raya Persekutuan di sini.

Baharudin Mat Taib dalam kenyataan pada 12 September lalu berkata, siasatan awal polis ditempat kejadian mendapati kereta pickup jenis Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki tempatan datang dari arah Kuala Lumpur ke arah Klang secara melawan arus dan merbahaya.

“Selepas tiba di lokasi kejadian kereta pickup itu bertembung dengan kereta jenis Proton Wira yang dipandu dari Klang menuju ke Kuala Lumpur.

Manakala polis berjaya menahan pemandu Mitsubishi Triton yang melawan arus dan dilibatkan dalam ujian air kencing.

“Hasil saringan awal ujian air kencing pemandu pickup itu didapati positif dadah jenis ganja sebelum direman sehingga 17 September 2021,” tegasnya.-MalaysiaGazette