Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah clinical trials National Healthy Research Volunteer Register National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kes sembuh harian Covid-19 setakat 12 tengahari ini masih tinggi iaitu 16,814 kes berbanding kes positif harian 14,345 kes har ini menjadikan bilangan kumulatif sembuh 1,880,736 kes di dalam negara.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 16,814 kes sembuh Covid-19 direkodkan pada hari ini berbanding 14,345 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu itu sebanyak 13,072 kes adalah warga tempatan manakala selebihnya warga asing.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,167 kes manakala 636 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Daripada 14,345 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 212 kes atau 1.5 peratus daripadanya adalah dalam kategori pesakit Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 manakala dan 14,133 kes atau 98.5 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarawak mencatatkan kes positif tertinggi hari ini dengan 3,611 kes.-MalaysiaGazette