heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14,990 kes positif harian baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara setakat tengah hari ini.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di negara ini sebanyak 2,142,924 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Selangor kembali mendominasi carta harian dengan jumlah kes positif tertinggi sebanyak 2,414 diikuti Johor sebanyak 1,880.

Manakala Sawarak merekodkan sebanyak 1,712 kes, Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah sebanyak 1,007 kes.

Negeri-negeri lain yang merekodkan kes positif harian di bawah paras 1,000 kes membabitkan Terengganu sebanyak 852 kes, Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Perlis (97), Putrajaya (30) dan tiga kes di Labuan.

Tambah Noor Hisham lagi, kapasiti dan penggunaan katil hospital bagi kes Covid-19 setakat pukul 5 petang hari ini membabitkan sejumlah 16,698 iaitu bersamaan 63 peratus.

Sementara jumlah penggunaan bagi katil unit rawatan rapi direkodkan sebanyak 1,496 iaitu 75 peratus. – MalaysiaGazette