Dewan Rakyat Members of Parliament MP Speaker The government has agreed to advise Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah to hold the Third Term of 14th Parliament Sitting for five days from 26 until 29 July
Sidang khas Parlimen mengenai RUU Anti Lompat Parti bermula hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang polis bantuan yang bertugas di Parlimen dikesaan positif Covid-19 selepas beliau menjalani ujian  Kit Ujian Pantas (RTK), semalam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, polis bantuan itu bertugas di luar bangunan Parlimen dan tiada kontak rapat antara Ahli-ahli Parlimen.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kerjasama sepanjang persidangan ini,” katanya sebelum sesi Pertanyaan-pertanyaan (MQT) mengambil tempat, pagi tadi.

Pada 13 September lalu, Parlimen mewajibkan semua Ahli Parlimen dan pegawai bertugas menjalani ujian RTK berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat bagi mengawal penularan Covid-19. – MalaysiaGazette