Datuk Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU – Penduduk Johor diingatkan supaya tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun negeri itu dibenarkan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), mulai esok.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, ia penting bagi memastikan wabak Covid-19 tidak terus menular dan jumlah penggunaan katil hospital serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri ini tidak kembali meningkat.

“Alhamdulillah. Jangan leka. Tetap kena jaga SOP.

“Walaupun Johor sudah ke Fasa Dua, SOP tetap kena jaga,” katanya di akaun Twitter rasminya hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri  mengumumkan Negeri Sembilan, Pahang dan Johor dibenarkan untuk peralihan fasa mulai esok.

Negeri Sembilan akan beralih daripada Fasa 3 ke Fasa 4 manakala Pahang daripada Fasa 2 ke Fasa 3 manakala Johor daripada Fasa 1 ke Fasa 2.

Peralihan fasa itu mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dengan mengambilkira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil ICU serta peratusan lengkap divaksinasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast