Jumlah harian pesakit pulih dari Covid-19 di negara ini terus mengatasi jangkitan baharu apabila sebanyak 19,702 kes pulih dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 14,990 kes baharu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 kembali meningkat pada hari ini, iaitu sebanyak 14,554 kes.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan jumlah terkini keseluruhan kes positif adalah 2,171,232 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abudllah berkata, Sarawak hari ini merupakan negeri tertinggi yang merekodkan kes positif iaitu 2,825 kes diikuti Selangor 2,244 kes.

Seterusnya Johor negeri ketiga tertinggi dengan 1,807 kes harian, seterusnya Sabah 1,273, Pulau Pinang (1,231 kes) manakala Perak pula 1,144 kes.

“Kelantan mencatatkan 910 kes, Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271), Negeri Sembilan (157), Perlis (65), Putrajaya (30) dan Labuan tiada kes positif direkodkan,” katanya.

Untuk rekod, semalam sebanyak 13,754 kes positif Covid-19 baharu manakala 16,628 kes sembuh direkodkan.-MalaysiaGazette