Keadaan terkini di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Hulu Langat yang lengang berikutan kes positif Covid-19 dicatatkan di Lembang Klang semakin berkurang atas faktor jumlah penerima vaksinasi yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 kembali menunjukkan penurunan apabila jumlah terkini yang direkodkan adalah sebanyak 13,899.

Dengan ini, jumlah kumulatif kes positif dalam negara setakat ini adalah 2,185,131 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak masih negeri paling tinggi dengan 2,712 kes diikuti Selangor kini menjadi negeri kedua tertinggi dengan 2,341 kes.

Ketiga tertinggi pula adalah Johor (1,377) kes, Kelantan (1,170 ), Perak (1,128) dan seterusnya Pulau Pinang (1,060).

“Sabah (962), Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (310), Negeri Sembilan (194) WP Putrajaya (37), Perlis (17)dan WP Labuan pula lima kes,” katanya.- MalaysiaGazette