Gambar Hiasan. Foto HAZROL ZAINAL, 06 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bambangan, Telupid, Sabah.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, PKPD itu akan bermula esok hingga 10 Oktober depan.

“Pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu diputuskan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette