Seorang tukang gunting ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah kedai di sini.
Gambar fail

KUALA LUMPUR – Lafaz sumpah laknat oleh seseorang tidak diterima di mahkamah, kata peguam, Asiah Abd Jalil.

Asiah berkata, sesiapa sahaja boleh mengemukakan aktiviti sumpah laknat namun ia tidak mempunyai merit di sisi undang-undang sivil di mahkamah.

“Lebai Cina nak panggil mak bapak, abang adik, datuk nenek, pakcik makcik, jiran sekampung kepada “mangsa gangguan seksual”, suruhlah dia orang angkat sumpah laknat dengan menyebut 99 nama Tuhan pun, rakamlah video sumpah laknat berdurasi 10 jam pun.

“Sumpah laknat tersebut tidak boleh diterima di mahkamah sebagai keterangan yang maha betul,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

‘Lebai Cina’ itu dipercayai merujuk kepada seorang pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung yang mendedahkan klip video sumpah laknat seorang individu menerusi saluran Telegram miliknya, semalam.

Firdaus semalam memuatnaik rakaman klip video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki tanpa mendedahkan nama yang mengakui dirinya merupakan abang kepada mangsa gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.

Terbaharu, sebuah lagi rakaman sumpah laknat tersebar di laman sosial.

Video sumpah laknat berdurasi 49 saat itu memaparkan seorang wanita bertudung bersumpah dengan nama Allah bahawa anak perempuannya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri selepas diganggu penceramah terkenal terbabit.

“Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa anak saya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri setelah (individu itu) melakukan perbuatan terkutuk menerusi WhatsApp dan panggilan video terhadap anak saya.

“Jika saya berdusta, Ya Allah laknatilah saya,” kata wanita itu menerusi video berkenaan.

Minggu ini, tersebar video dan mesej lucah di laman sosial Telegram yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kes gangguan seksual melibatkan seorang penceramah terkenal terbabit.

Malah satu kertas siasatan dibuka semalam untuk menyiasat individu bertanggungjawab menyebarkan video dan mesej lucah tersebut ke media sosial. – MalaysiaGazette

Firdaus Wong dedah video klip abang mangsa serangan seksual

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast