Thursday, April 18, 2024
Home Sukan Young kembali lagi ke Old Trafford

Young kembali lagi ke Old Trafford

Ashley Young. Foto The Independent.
LONDON – Bekas kapten Manchester United, Ashley Young bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama Aston Villa untuk bertemu Manchester United di Old Trafford pada perlawanan malam ini, lapor The Athletic.

Young telah kembali ke Villa pada musim ini melalui perpindahan percuma dengan kontrak selama satu tahun.

Dia yang telah menyertai Inter Milan pada Januari 2020 tahun lalu apabila melengkapkan perpindahan secara rasmi ke Serie A dengan nilai perpindahan dilapokan sekitar €1.5 juta.

Pemain berusia 36 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan United dengan baki kontrak yang tamat pada akhir musim lalu.

Dia telah bermain sebanyak 261 kali untuk United selepas menyertai dari Villa pada 2011.

Young telah menjaringkan sebanyak 19 gol sepanjang karier beliau bersama Man United.

Young pernah bersama Villa selama empat musim bermula pada tahun 2007 sehingga 2011 sebelum berhijrah ke Old Trafford. – MalaysiaGazette