Antonio Rudiger. Foto The Sun.

KUALA LUMPUR – Tonggak pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger dilaporkan masih enggan melanjutkan kontraknya dengan The Blues, lapor Marca.com.

Kontrak semasa pemain berusia 28 itu sedang berada di tahun akhir dan dia boleh pergi ke mana mana kelab secara percuma musim depan.

Real Madrid dikatakan antara destinasi pilihan Rudiger untuk menyertai David Alaba yang sebelum ini menyertai Los Blancos juga secara percuma.

Selain daripada Real, Bayern Munich juga berminat dengan Rudiger yang mana ejen pemain itu sudah memberikan isyarat bahawa mereka sedia berunding dengan mana mana kelab.

Chelsea sudah menawarkan kontrak baharu kepada Rudiger namun ditolak oleh pemain itu.
Ini kerana tawaran €6.5 juta semusim yang dianggap terlalu jauh daripada €10 juta yang diminta oleh Rudiger.

Rudiger menyertai Chelsea pada 2018 dan dia pada awalnya berdepan kesukaran terutama sekali pada era Frank Lampard apabila disisihkan daripada skuad.

Namun kehadiran Thomas Tuchel telah membangkitkan kariernya dan menjadi salah seorang bek tengah terbaik Eropah ketika ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast