Azmi Saat bersama cahaya mata pertamanya Khairul Afnan yang lahir 27 September yang lalu.

KUALA LUMPUR – Belum seminggu lahir, anak vokalis Caliph Busker berusia tiga hari meninggal dunia.

Difahamkan cahaya mata pertamanya iaitu Khairul Afnan meninggal akibat kegagalan fungsi otak.

“Allah lebih menyayanginya..Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulis Azmi di Instagramnya yang mengundang pengikut dan rakan artisnya.

Terdahulu, pagi tadi di media sosialnya beliau menulis: “Kami sedang riba Afnan untuk kali terakhir. Beberapa minit sahaja lagi,”.

Azmi, 34, sebelum ini sempat meminta pengikutnya di laman sosial mendoakan kesembuhan anak sulungnya yang masih diarawat di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Azmi dan isteri, Nazirah mendirikan rumah tangga pada 2011.

Cahaya matanya yang pertama itu dilahirkan pada 27 September lalu selepas 10 tahun menantikan zuriat. – MalaysiaGazette