FILE PIX: State Assemblyman of Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron at a news conference. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 05 OCTOBER 2021. political frogs jump ship Pakatan Harapan Amanah PH BN Melaka state election
FILE PIX: State Assemblyman of Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron at a news conference. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 05 OCTOBER 2021.

MELAKA – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron secara jelas mengakui dirinya marah kepada Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh sehingga bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Dakwa beliau, dirinya marah dengan pemimpin itu yang didakwa merosakkan imej UMNO.

“Ketua Menteri (Datuk Seri Suleiman Md Ali) adalah boneka kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau marah kepada Ketua Menteri, Idris menafikan perkara itu dan berkata beliau hanya marah kepada individu yang menjadi ‘patung’ kepada Ab Rauf.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (tengah) bercakap di sidang media bersama ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (kiri) dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad (kanan) ketika di Hotel Casa Del Rio, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2021.

“Saya tidak ada masalah dengan Suleiman, saya ada masalah dengan Ketua Menteri yang jadi ‘patung’ yang terpaksa merujuk keputusan kepada orang lain.

“Kita telah buat keputusan tapi keputusan itu tidak dilaksana, ini cmapur tangan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Negeri,” dakwanya.

Dalam pada itu, Idris juga mempersoalkan tindakan Ab Rauf yang mengumumkan kedudukannya dalam UMNO tergugur semalam.

Idris berkata, Ab Rauf tidak mempunyai kuasa untuk menggugurkan mana-mana ahli kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Saya tidak menerima maklum balas. Siapa itu Ab Rauf siapa dia, adakah dia presiden parti? Mungkin Pengerusi Perhubungan UMNO diberikan kuasa untuk menggugurkan taraf keahlian,” sindirnya.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang semalam bersama tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan  Suleiman.

Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan Idris bersama ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, kelmarin. – MalaysiaGazette