Petugas memakai pakaian khas ketika menguruskan kematian mangsa Covid-19 di Vila Formosa, Sao Paulo, Brazil. foto REUTERS

KUALA LUMPUR – Sebanyak 117 kematian diakibatkan oleh jangkitan Covid-19.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 16 daripada jumlah keseluruhan adalah kes yang meninggal dunia sebelum dapat menerima rawatan di hospital.

Daripada jumlah terkini itu, kumulatif kematian akibat pandemik itu sudah mencecah 26,876.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 21 kes, diikuti Johor (19), Perak dan Selangor masing-masing 14 manakala Kelantan dan Sabah pula masing-masing 11 kes.

Negeri-negeri yang merekodkan kes kematian di bawah 10, iaitu Kedah (8), Terengganu (5), Pahang (4), Kuala Lumpur (4), Melaka (2), Perlis (2), Negri Sembilan (1) dan Pulau Pinang (1).

Sementara itu Labuan atau Putrajaya tiada kematian.

Dalam pada itu, kes Covid-19 yang aktif sehingga semalam adalah sebanyak 135,945, berkurangan 23.1 peratus dari seminggu yang lalu.

Sebanyak 135,945 kes aktif direkodkan dengan 846 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 441 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast