covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 132 kematian akibat pandemik Covid-19 direkodkan semalam.

Daripada jumlah itu 26 kes merupakan kematian sebelum menerima rawatan di hospital.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian setakat semalam adalah 27,113 kes.

Pulau Pinang mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan 33 korban diikuti Sarawak (19), Johor (15), Sabah (15), Perak (14) dan Selangor (13).

Kelantan dan Terengganu masing-masing mencatatkan enam korban, Pahang (4), Kedah (3) dan Perlis (2).

Sementara itu, Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kes kamatian.

Dalam pada itu, tidak ada kematian baharu dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga semalam, terdapat 21,166 kes aktif yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast