Rodzi Md. Saad

KUALA LUMPUR – Hari kedua tidak ada lokaliti dilaksanakan Perintah kawalan Pergerakan (PKPD), kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad.

Sebaliknya, kata beliau, hanya dua lokaliti dilanjutkan PKPD selama dua minggu lagi bermula bermula 10 hingga 23 Oktober ini.

Menurutnya, lokaliti itu ialah Pos Sinderut dalam Mukim Ulu Jelai, Lipis dan Perkampungn Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, di Pahang.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkita Covid-19.

Sementara itu, enam lokaliti PKPD sebelum ini telah ditamatkan mulai esok, iaitu Kampung Tinongian dan Kampung Karagasan di Ranau, Base Camp Bornion Timber Sdn. Bhd., Batu 46, Tulid, Sook di Keningau, Sabah.

Turut ditamatkan ialah dua Perkampung Orang Asli di Kuala Krau, Temerloh, iaitu Kampung Pasu dan Kampung Penderas.

“Juga melibatkan Rumah Pangsa Jalan Karak, Mentakab di Temerloh, Pahang. Semua lokaliti ini ditamatkan PKPD mulai esok, 9 Oktober,” katanya. – MalaysiaGazette