Home Nasional 17 motosikal hangus dalam kebakaran di PPR

17 motosikal hangus dalam kebakaran di PPR

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17 buah motosikal milik penduduk perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Batu Muda di sini hangus dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 2 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 2.49 pagi mengenai insiden itu sebelum menghantar jentera ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi PBK II 13787, Muhamad Irwan Yaakob, keluaran pasukan operasi jentera dari BBP Gombak Selatan bersama sebuah jentera FRT, dengan kekuatan tujuh orang anggota.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan motosikal sebanyak 17 buah.

“Jenis-jenis motosikal yang terlibat ialah enam buah jenis Yamaha, enam buah jenis Honda, dua buah Suzuki, dua buah Modenas dan sebuah Benelli dan tiada mangsa terlibat.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.13 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Muhamad Irwan, punca kebakaran itu masih dalam siasatan pihaknya untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette